Thursday, November 5, 2015

Pasar Karat Polmadie Carboot Sale, Glasgow

Salah satu tabiat orang Malaysia yang aku jumpa bila berjalan kat Eropah adalah pergi ke pasar karat / flea market / carboot sale / weekend market. Aku rasa dimana-mana ada pasar karat ni. Cuma kita kena cari maklumat sikit mengenai lokasi dan keunikan pasar ini.
So kali ni aku kongsi pengalaman jalan Polmadie Carboot Di Glasgow ni ada 2 pasar karat yang popular. Yang pertama adalah di Blochairn yang biasanya ramai orang pada hari Ahad. Dan satu lagi popular pada hari Sabtu adalah di Polmadie. Aku belum pernah naik bas ke sini so kalau tanya aku macam mana mahu ke sana guna public transport, aku tak pasti. Boleh guna Google Map nak bantu.
Pasar Karat Polmadie ni dibuka pada setiap hari Rabu, Sabtu dan Ahad. Tapi paling ramai penjual adalah pada hari Sabtu. Lokasinya terletak di kawasan macam gudang dalam bangunan, tidak terbuka seperti kebanyakan flea market. Kawasan parking juga disediakan tertutup dan boleh juga parking di kawasan sekitar secara percuma.
Polmadie ni kawasan industri. Banyak bangunan dan gudang yang terbiar kosong.
Polmadie ni kawasan industri. Banyak bangunan dan gudang yang terbiar kosong.
So bila masuk parking tertutup tu, agak selesa jugalah kalau datang dengan kereta bersama keluarga. Cuma parking disini terhad, kadang-kala penuh. Tapi bila masuk, korang akan nampak banyak kereta 3 roda ni. Semua cat warna kuning sebagai perhiasan. Tak tahulah aku dah berapa lama ada kat situ, tapi agak unik.
First time aku datang, mati-mati aku ingat bas ni pun diorang nak lelong. Rupanya perhiasan je.
First time aku datang, mati-mati aku ingat bas ni pun diorang nak lelong. Rupanya perhiasan je.
Parking agak banyak dan selesa. Kalau penuh parking kat luar je.
Parking agak banyak dan selesa. Kalau penuh parking kat luar je.
Kereta 3 roda. Comel.
Kereta 3 roda. Comel.
Masuk dalam ada lebih kurang 6 baris deretan stall. Aku tengok ada dua jenis penjual kat sini. Satu penjual tetap, tiap minggu ada je muka dia. Barang dia pun lebih kurang sama. Mereka tidak bawa keluar barang dari situ, tetapi sekadar menutup kedai dengan balutan plastik kanvas. Mereka ini kebanyakannya small business owner atau trader.
Macam peniaga barang antik ni memang regular jual barang kat sini.
Macam peniaga barang antik ni memang regular jual barang kat sini.
Penjual alat elektrik terpakai. Memang tapak ni dia yang punya, tiap minggu muka sama. Tokeinya orang Cina Sabah tapi dah lama duduk Glasgow. Boleh kautim la jugak harga.
Penjual alat elektrik terpakai. Memang tapak ni dia yang punya, tiap minggu muka sama. Tokeinya orang Cina Sabah tapi dah lama duduk Glasgow. Boleh kautim la jugak harga.
Dan satu lagi penjual ni adalah individu yang datang. Mereka menyewa meja, membayar tapak dan membawa barang sendiri dipamer untuk dijual.
Asal nama carboot ni sebab semua peniaga simpan barang dalam kereta. Bukak boot baru keluar barang.
Asal nama carboot ni sebab semua peniaga simpan barang dalam kereta. Bukak boot baru keluar barang.
Pembeli pula ada macam-macam jenis. Golongan pertama ni memang golongan bargain hunter. Diorang ni datang memang nak cari barang rare, mereka dah ada target nak beli barang apa. Ada kalanya, bila penjual baru sampai, belum sempat barang dipamer mereka sudah diserbut dengan golongan ini. Berebut mencari barang-barang. Diorang ni dah otai la kira.
Bulu binatang pun ada. Ada penggemar ni.
Bulu binatang pun ada. Ada penggemar ni.
Barang antik dan collectible. Barang ni memang pada orang Scotland dan biasa, Negara yang cintakan seni.
Barang antik dan collectible. Barang ni memang pada orang Scotland dan biasa, Negara yang cintakan seni.
Golongan kedua adalah pembeli yang tidak juga berpendapatan tinggi, tetapi sekadar mencukupkan barangan rumah. Ramai juga emak orang datang beli benda-benda yang mahal tetapi murah dijual disini seperti permainan kanak-kanak.
Kena rajin belek. Sebab ada barang item berjenama dijual. Masih berkeadaan baik, tetapi dijual kerana perubahan musim.
Kena rajin belek. Sebab ada barang item berjenama dijual. Masih berkeadaan baik, tetapi dijual kerana perubahan musim.
Baju memang senang la nak dapat. Murah2.. £1 atau 50pense pun ada.
Baju memang senang la nak dapat. Murah2.. £1 atau 50pense pun ada.
polmadie3
Satu lagi golongan macam aku. Takde cari apa-apa, Saja datang tengok-tengok orang dan kalau ada berkenan baru aku beli. Bajet ciput. Bergantung kepada barang, harganya reasonable dan murah. Biasanya kalau mahu dapat barang baik, datang awal sekitar jam 8am. Mungkin orang disini tak bangun awal, ramai yang datang jam 10. Time tu maybe ‘barang baik’ dah habes.
Jangan underestimate barang kat pasar karat. Jangan anggap barangan lusuh yang hanya layak dibuang. Biasanya aku habiskan sejam. Sebab aku tengok negara 4 musim ni menyebabkan orang sering bertukar barang. Contohnya basikal laku disekitar musim summer, tapi akan dijual selepas abis musim. Yalah, musim winter ada snow siapa yang mahu berbasikal dan menyimpannya mengambil tempat yang luas. Baik jualkan, nanti tahun depan beli lagi.
Kalau ada rezeki. beli. Kalau tak pulang tangan kosong sebab minggu depan boleh datang lagi.
Catatan asal : www.irwandahnil.com

Monday, November 2, 2015

Trip Sehari Loch Lomond Shores

Ramai ingat bila sebut Loch je orang terus ingat raksasa dalam tasik tu. ‘Loch’ bererti dalam bahasa Scotland adalah tasik. So Loch Lomond adalah Tasik Lomond. Yang selalu orang konfius tu adalah Loch Ness yang ada raksasa Nessie. Loch Lomond ni adalah tasik kedua terbesar selepas Loch Ness. Tak de pula cerita lejen Nessie kat sini. Aku drive dari Glasgow ambil masa lebih kurang 40 minit melalui motorway, Erskine Bridge, Alexandria then sampai ke Balloch.
lochlommap
Tapi sebelum pergi aku dah sediakan la makanan dulu, nasi satu periuk, spagetti, telur, buah, air dan macam-macam lagi. Memang aku malas nak beli sebab nak pergi cari yang halal satu hal. Jadi aku plan memang nak buat macam ala piknik aje sebab Loch Lomond ni ada banyak (maybe semua!) tapak untuk piknik. Bentang je tikar, makan la sampai lebam. Takde orang nak marah. So jimat.
Sampai dalam jam 10 pagi. Masih sejuk beb. Sampai Balloch aku pun tak tau nak tuju ke mana. Aku parking kereta, then aku cari pejabat Visit Scotland. As usual, staf kat situ peramah dan tunjukkan tempat-tempat yang sesuai untuk aku pergi dengan anak-anak.
Kat Balloch pun boleh naik boat cruise membawa bersiar ke Loch Lomond.
Kat Balloch pun boleh naik boat cruise membawa bersiar ke Loch Lomond.
Visit Scotland Information Office. Dapatkan map percuma dan cadangan dari staff yang super friendly.
Visit Scotland Information Office. Dapatkan map percuma dan cadangan dari staff yang super friendly.
Balloch ni sebenarnya sebuah pekan utama di kawasan Loch Lomond. Ada kedai-kedai, hotel, hostel dan juga cenderamata.
Balloch ni sebenarnya sebuah pekan utama di kawasan Loch Lomond. Ada kedai-kedai, hotel, hostel dan juga cenderamata.
Boat cruise agak mahal sedikit berbanding Loch Lomond Shores sebab kerana melusuri sungai dahulu sebelum sampai ke Loch Lomond.
Boat cruise agak mahal sedikit berbanding Loch Lomond Shores sebab kerana melusuri sungai dahulu sebelum sampai ke Loch Lomond.
Sebenarnya Loch Lomond ni besar lebih kurang 39km panjang dan 8km lebar. Balloch ni kawasan tasik paling selatan dari banyak yang menarik di Loch Lomond.  Seperti yang dicadangkan oleh staff tu, aku pun parking kereta di Loch Lomond Shores.
Parking are
Parking is free. Tapi jika weekend dan hari cuti, agak banyak kereta.
Parking is free. Loch Lomonds Shores ni adalah tempat beraktiviti yang paling sesuai untuk keluarga rasa berbanding spot lain.
Kapal kuasa stim terakhir yang dibina di Clyde pada tahun 1950 dan berkhidmat melayari Loch Lomond selama 29 tahun. Masuk free je, boleh ambil gambar dan lepak-lepas menikmati pemandangan tasik.
Kapal kuasa stim terakhir yang dibina di Clyde pada tahun 1950 dan berkhidmat melayari Loch Lomond selama 29 tahun. Masuk free je, boleh ambil gambar dan lepak-lepas menikmati pemandangan tasik.
Selain dari boat cruise, pemandangan biasa adalah melihat kapalterbang naik dan landing atas air. Cool juga :)
Selain dari boat cruise, pemandangan biasa adalah melihat kapalterbang naik dan landing atas air. Cool juga :)
Ada satu castle yang boleh dilawati berjalan kaki kira-kira 20 minit dari Loch Lomond Shores. Sebab aku bawak anak, next time la.
Ada satu castle yang boleh dilawati berjalan kaki kira-kira 20 minit dari Loch Lomond Shores. Sebab aku bawak anak, next time la.
Anak ku rock!
Anak ku rock!
Ada banyak tempat tarikan disini, seperti Bird of Prey dan Treezone. Bagi yang kaki shopping disini pun ada outlet seperti Jenners. Selain itu kedai makan juga banyak. Masa aku pergi ada festival jualan dan banyak outlet dibuka.
Ada banyak la kedai deretan situ.
Ada banyak la kedai deretan situ.
Sapa suka shoppping boleh datang sini.
Sapa suka shoppping boleh datang sini.
Lagi hebat Aquarium KLCC. Hehe.
Lagi hebat Aquarium KLCC. Hehe.
Perkhidmatan boat cruise juga boleh diambil dari sini. Tempat lain yang ada seperti Maid of the Loch dan Sea Life Aquarium. Kalau bawak anak, ada macam macam aktiviti untuk diorang  seperti Pirate Play Zone.
Dalam ni tempat untuk beraktiviti seperti zip wire, balance beam, tight ropes, scramble nets dan macam-macam lagi. Untuk budak-budak pun boleh.
Dalam ni tempat untuk beraktiviti seperti zip wire, balance beam, tight ropes, scramble nets dan macam-macam lagi. Untuk budak-budak pun boleh.
Aku tak jadi masuk sebab satu kepala £6. Tapi aku boleh agak dalam tempat ni ada burung pemangsa. Dah biasa aku tengok, seperti helang. so aku simpan duit buat benda lain
Aku tak jadi masuk sebab satu kepala £6. Tapi aku boleh agak dalam tempat ni ada burung pemangsa. Dah biasa aku tengok, seperti helang. so aku simpan duit buat benda lain
Kalau sesat baca map je lah. Sure tak sesat.
Kalau sesat baca map je lah. Sure tak sesat.
Aku pula, ambil makanan bawa kat tepi tasik. Makan.. Makan.. Makan..
Piknik for lunch
Piknik kat mana mana pun boleh. Kerusi macam ni ada banyak di sepanjang tasik.
Kemudian aku layan anak-anak main canoe.
Selfie dulu.
Selfie dulu.
lom19lom20
Aku sewa kat sini canoe dalam £17 sejam.
Aku sewa kat sini canoe dalam £17 sejam.
Aku boleh bagi 8/10 la untuk tempat ni. Khas untuk aktiviti keluarga dan untuk anak-anak. Jumlah duit hamgus pun tak banyak sebab makanan dah save. Cuma jika mahu beraktiviti kena bayar sikit lah.
Dah penat, aku balik rumah sekitar jam 4 petang. Jumpa lagi!
Catatan asal oleh : www.irwandahnil.com