Thursday, November 5, 2015

Pasar Karat Polmadie Carboot Sale, Glasgow

Salah satu tabiat orang Malaysia yang aku jumpa bila berjalan kat Eropah adalah pergi ke pasar karat / flea market / carboot sale / weekend market. Aku rasa dimana-mana ada pasar karat ni. Cuma kita kena cari maklumat sikit mengenai lokasi dan keunikan pasar ini.
So kali ni aku kongsi pengalaman jalan Polmadie Carboot Di Glasgow ni ada 2 pasar karat yang popular. Yang pertama adalah di Blochairn yang biasanya ramai orang pada hari Ahad. Dan satu lagi popular pada hari Sabtu adalah di Polmadie. Aku belum pernah naik bas ke sini so kalau tanya aku macam mana mahu ke sana guna public transport, aku tak pasti. Boleh guna Google Map nak bantu.
Pasar Karat Polmadie ni dibuka pada setiap hari Rabu, Sabtu dan Ahad. Tapi paling ramai penjual adalah pada hari Sabtu. Lokasinya terletak di kawasan macam gudang dalam bangunan, tidak terbuka seperti kebanyakan flea market. Kawasan parking juga disediakan tertutup dan boleh juga parking di kawasan sekitar secara percuma.
Polmadie ni kawasan industri. Banyak bangunan dan gudang yang terbiar kosong.
Polmadie ni kawasan industri. Banyak bangunan dan gudang yang terbiar kosong.
So bila masuk parking tertutup tu, agak selesa jugalah kalau datang dengan kereta bersama keluarga. Cuma parking disini terhad, kadang-kala penuh. Tapi bila masuk, korang akan nampak banyak kereta 3 roda ni. Semua cat warna kuning sebagai perhiasan. Tak tahulah aku dah berapa lama ada kat situ, tapi agak unik.
First time aku datang, mati-mati aku ingat bas ni pun diorang nak lelong. Rupanya perhiasan je.
First time aku datang, mati-mati aku ingat bas ni pun diorang nak lelong. Rupanya perhiasan je.
Parking agak banyak dan selesa. Kalau penuh parking kat luar je.
Parking agak banyak dan selesa. Kalau penuh parking kat luar je.
Kereta 3 roda. Comel.
Kereta 3 roda. Comel.
Masuk dalam ada lebih kurang 6 baris deretan stall. Aku tengok ada dua jenis penjual kat sini. Satu penjual tetap, tiap minggu ada je muka dia. Barang dia pun lebih kurang sama. Mereka tidak bawa keluar barang dari situ, tetapi sekadar menutup kedai dengan balutan plastik kanvas. Mereka ini kebanyakannya small business owner atau trader.
Macam peniaga barang antik ni memang regular jual barang kat sini.
Macam peniaga barang antik ni memang regular jual barang kat sini.
Penjual alat elektrik terpakai. Memang tapak ni dia yang punya, tiap minggu muka sama. Tokeinya orang Cina Sabah tapi dah lama duduk Glasgow. Boleh kautim la jugak harga.
Penjual alat elektrik terpakai. Memang tapak ni dia yang punya, tiap minggu muka sama. Tokeinya orang Cina Sabah tapi dah lama duduk Glasgow. Boleh kautim la jugak harga.
Dan satu lagi penjual ni adalah individu yang datang. Mereka menyewa meja, membayar tapak dan membawa barang sendiri dipamer untuk dijual.
Asal nama carboot ni sebab semua peniaga simpan barang dalam kereta. Bukak boot baru keluar barang.
Asal nama carboot ni sebab semua peniaga simpan barang dalam kereta. Bukak boot baru keluar barang.
Pembeli pula ada macam-macam jenis. Golongan pertama ni memang golongan bargain hunter. Diorang ni datang memang nak cari barang rare, mereka dah ada target nak beli barang apa. Ada kalanya, bila penjual baru sampai, belum sempat barang dipamer mereka sudah diserbut dengan golongan ini. Berebut mencari barang-barang. Diorang ni dah otai la kira.
Bulu binatang pun ada. Ada penggemar ni.
Bulu binatang pun ada. Ada penggemar ni.
Barang antik dan collectible. Barang ni memang pada orang Scotland dan biasa, Negara yang cintakan seni.
Barang antik dan collectible. Barang ni memang pada orang Scotland dan biasa, Negara yang cintakan seni.
Golongan kedua adalah pembeli yang tidak juga berpendapatan tinggi, tetapi sekadar mencukupkan barangan rumah. Ramai juga emak orang datang beli benda-benda yang mahal tetapi murah dijual disini seperti permainan kanak-kanak.
Kena rajin belek. Sebab ada barang item berjenama dijual. Masih berkeadaan baik, tetapi dijual kerana perubahan musim.
Kena rajin belek. Sebab ada barang item berjenama dijual. Masih berkeadaan baik, tetapi dijual kerana perubahan musim.
Baju memang senang la nak dapat. Murah2.. £1 atau 50pense pun ada.
Baju memang senang la nak dapat. Murah2.. £1 atau 50pense pun ada.
polmadie3
Satu lagi golongan macam aku. Takde cari apa-apa, Saja datang tengok-tengok orang dan kalau ada berkenan baru aku beli. Bajet ciput. Bergantung kepada barang, harganya reasonable dan murah. Biasanya kalau mahu dapat barang baik, datang awal sekitar jam 8am. Mungkin orang disini tak bangun awal, ramai yang datang jam 10. Time tu maybe ‘barang baik’ dah habes.
Jangan underestimate barang kat pasar karat. Jangan anggap barangan lusuh yang hanya layak dibuang. Biasanya aku habiskan sejam. Sebab aku tengok negara 4 musim ni menyebabkan orang sering bertukar barang. Contohnya basikal laku disekitar musim summer, tapi akan dijual selepas abis musim. Yalah, musim winter ada snow siapa yang mahu berbasikal dan menyimpannya mengambil tempat yang luas. Baik jualkan, nanti tahun depan beli lagi.
Kalau ada rezeki. beli. Kalau tak pulang tangan kosong sebab minggu depan boleh datang lagi.
Catatan asal : www.irwandahnil.com

No comments:

Post a Comment